OEM halal Malaysia, proses buat produk OEM
Orang baru selalu blur bila nak mula. Ni 10 soalan paling kerap keluar:
- MOQ paling rendah berapa? → 300 unit pun boleh start. (Bergantung pada kilang dan kapasiti kilang)
- Perlu daftar KKM dulu baru boleh jual? → Kilang boleh guide, ambil masa 1–3 bulan ikut kategori.
- Halal dapat terus ke? → Ada proses, bukan automatik. Tapi kilang OEM halal boleh bantu urus.
- Saya tiada pengalaman, boleh buat? → Boleh, asal ada idea & target market.
- Produk laku ke? → Test market dulu, jangan terus order ribu-ribu.
- Kalau produk tak jalan, rugi? → Yes, tapi risiko boleh kawal dengan MOQ rendah.
- Packaging siapa buat? → Kilang boleh design siap.
- Kalau nak eksport boleh? → Boleh, tapi ikut standard negara sasaran.
- OEM vs ODM? → OEM custom, ODM rebrand produk sedia ada.
- Modal mesti besar kan? → Salah. Boleh mula bawah RM10k.
👉 Jangan malu nak tanya, lagi cepat clear lagi cepat jalan.





